FIZA BUTTON




MENGENALI FIZA BUTTON
Fiza Button merupakan perniagaan yang menyediakan perkhidmatan jahitan dan jualan alat-alat jahitan.  Perniagaan ini telah mula beropersi semenjak tahun 2006 dan semakin berkembang sehingga kini bersama-sama dengan pelanggan-pelanggan setia kami.
Dengan menjual pelbagai alat-alat jahitan mengikut keperluan semasa penjahit-penjahit di sekitar Kuala Lumpur pada harga yang berpatutan dan kualiti perkhidmatan yang tinggi, kedai kami sering menjadi tumpuan para penjahit.
Antara perkhidmatan jahitan yang kami tawarkan adalah, JAHIT LUBANG BUTANG yang akan meningkat permintaannya apabila menjelang bulan ramadhan disebabkan oleh peningkatan permintaan jualan baju melayu.  Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan JAHIT TEPI TUDUNG seiring dengan tren dan fesyen terkini.  Perkhidmatan JAHIT BUTANG juga disediakan bagi memudahkan para penjahit untuk beralih daripada jahit butang secara manual (tangan) kepada penggunaan mesin yang ternyata lebih menjimatkan masa dan tenaga kerja.  Perkhidmatan JAHIT TEPI BAJU adalah antara perkhidmatan terawal yang ditawarkan semenjak perniagaan ini diusahakan, ini kerana setiap pakaian tempahan pasti akan menggunakan perkhidmatan ini bagi menjamin kualiti jahitan mereka. 
Harapan kami dari Fiza Button agar pelanggan setia kami akan terus memberi sokongan kepada perniaagan ini dan kami di Fiza Button akan sentiasa memastikan setiap pelanggan mendapat kepuasan pada setiap kunjungan mereka.  Kami juga sentiasa mempelawa pelanggan-pelanggan baru untuk datang mengujungi kedai kami dari masa ke semasa.  Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada semua pelanggan.
Sekian.






About the author

Admin
www.fizabutton.com.my

0 comments:

Template by Clairvo Yance
Copyright © 2012 Fiza Button Kedai Alat-Alat Jahitan and Blogger Themes.